Rekreasi Dan Pelancongan
Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Sarawak
Pusat ini terletak hanya 30 minit dari Kuching. Boleh menaiki bas yang tersedia di Bandar Kuching ataupun kereta. Apabila sampai, bayaran masuk RM5 dikenakan untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak sebelum dibawa menaiki van kedalam lebih kurang 5 minit.Penempatan ini dibina pada tahun 1920 khas untuk menempatkan 1000 haiwan liar dan disini terkenal dengan pemuliharaan orang utan. Lagi menarik, setiap ekor orang utan mempunyai nama tersendiri sebijik macam nama manusia. Antara nama yang popular adalah, Nora, Delima, Dayang dan lain lain. Orang utan dilepaskan ke dalam hutan selepas dipulihara dan diberi makan sebanyak 2 kali sehari dan salah satu waktunya adalah pada waktu pagi 9am – 10 am dan 3pm – 4pm. Kami ke sana pada waktu pagi untuk melihat feeding session orang utan. Perjalanan masuk ke tempat feeding orang utan memakan masa perjalanan selama 10 minit. Tapi diingatkan disini, sekiranya ada bawa anak kecil pastikan anak kecil tidak menangis, kerana bunyi-bunyi boleh menggangu orang utan dan menyebabkan orang utan gerun untuk keluar makan. Kalau kejadian itu berlaku, kempunan la nak tengok orang utan keluar makan.Begitu juga dengan yang membawa camera. Dilarang menggunakan Flash kerana ia akan menakutkan orang utan. Dan paling penting, dilarang bawa makanan. Orang utan ni rakus akan sambar bila dia nampak makanan. Jadi untuk keselamatan diri sendiri dan juga orang lain, jangan bawa makanan sama sekali.
Waktu operasi
Hujung Minggu & Cuti Awam : Tutup
Isnin – Jumaat : 8:00 am – 4:45 pm
Sesi Makan
Sesi pagi : 9am – 10 am
Sesi Petang : 3pm – 4pm
Antara Spesis orang utan yang ada di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Jong Crocodile Farm
Terletak di 18 1/2 Miles (29KM) Lebuhraya Kuching Serian, perjalanan 20 minit dari Kuching, ibu negeri Sarawak, Land of Hornbills, ladang & zoo buaya Jong adalah ladang buaya pembiakan pertama & terbesar di Malaysia. Ditetapkan di tengah-tengah pokok tropika yang menawan, vegetasi yang subur dan pokok buah-buahan tempatan, terletak ladang unik ini dengan lebih daripada dua ribu buaya dibiakkan dalam penangkapan. Ladang ini menyediakan tempat perlindungan yang sempurna untuk reptilia, menyelamatkan spesies dari kepupusan. Terletak di 18 1/2 Miles (29KM) Lebuhraya Kuching Serian, perjalanan 20 minit dari Kuching, ibu negeri Sarawak, Land of Hornbills, ladang & zoo buaya Jong adalah ladang buaya pembiakan pertama & terbesar di Malaysia.
Ditetapkan di tengah-tengah pokok tropika yang menawan, vegetasi yang subur dan pokok buah-buahan tempatan, terletak ladang unik ini dengan lebih daripada dua ribu buaya dibiakkan dalam penangkapan. Ladang ini menyediakan tempat perlindungan yang sempurna untuk reptilia, menyelamatkan spesies dari kepupusan. Terdapat sedikit kolam pembiakan semulajadi untuk buaya untuk pasangan dan berbilang. Selain buaya, terdapat juga spesies burung dan haiwan yang jarang ditemui di Pulau Borneo sahaja. Pengunjung boleh menikmati pengalaman yang mempesonakan berjalan bebas di antara monyet, kucing macan tutul, matahari terbenam, beruang, pheasants, civet, rusa menyalak, rusa sambar, kura-kura, kelawar buah, memantau cicak, python dan malah kasuari. Bayaran Masuk : Dewasa: RM24.00 * Kanak-kanak: RM12.00 Dewasa Sarawak: RM14.00 * Anak-anak Sarawak: RM7.00 * Anak-anak (3-12 tahun) Harga di atas termasuk GST
Address: Siburan, 29Km Kuching-Serian Road, 93250 Kuching Sarawak, Malaysia
Telephone No: +6 082-863570
Email: jongsoffice@yahoo.com.my
Website: http://www.jongscrocodile.com/
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Serimu Longhouse Homestay, Padawan
Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini termasuk ‘Jungle Trekking’ dan ‘Bamboo Rafting’ sambil menikmati keunikan alam semulajadi dan keunikan budaya orang Sarawak. selain itu, mereka juga menyediakan makanan tradisional Melayu Sarawak. Jika ingin bersantai dan lari dari kesibukan bandaraya…….Serimu Longhouse Homestay adalah tempat terbaik!!
Address: Serimu Longhouse River lodge 94200, Padawan, Sarawak
Telephone No: 082 – 419953
Email: ming.inbound@gmail.com
Website: http://www.mingmingtravel.com
Video: https://www.facebook.com/menarikdikuching/videos/1493774240723422/?hc_ref=ARRWUbef65hqTgFvtW5ZuBuS1d_vWNEpxzJxpBGC8cOqGaXYivrkH533cf-EBq1gm6o&fref=nf
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Telaga Air, Kuching Sarawak (Seafood Paradise!)
Kampung Telaga Air ini merupakan perkampungan melayu yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching. Ianya merupakan salah satu tempat menarik di Kuching untuk dikunjungi.Jika anda berada di kawasan Petra Jaya ataupun Matang, agak moleklah untuk singgah ke sini untuk cuci-cuci mata. Lokasi yang amat popular kepada kaki-kaki pancing ini memang menjadi tarikkan kepada penduduk tempatan sekitarnya untuk beriadah. Di Kampung Telaga Air ini juga anda berpeluang untuk melihat kediaman Yang di Pertua Negeri Sarawak ke-6 iaitu Tun Abang Muhammad Salahuddin.Perjalanan dari bandaraya Kuching untuk ke Telaga Air akan melepasi beberapa buah kampung seperti kampung Matang, Kampung Temenggong, Kampung Temedak, dan Kampung Selang Laut.Kampung Telaga Air kini pesat membangun sebagai kawasan tarikan pelancong dalam dan luar Negara, oleh itu pelbagai aktiviti selalunya diadakan di tebingan Telaga Air setiap hujung minggu atau setiap bulan. Disamping itu juga Pulau Satang adalah salah satu pulau yang sering menjadi tarikan pelancong untuk disinggahi, ianya terletak lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki bot air.Di tebingan sungai Telaga Air selalunya mengadakan acara-acara seperti pertandingan karaoke, memancing, sukan air, dan pelbagai lagi. Disamping itu pelbagai hasil tangan samada makanan atau kraftangan boleh didapati di tebingan Telaga Air setiap hari dari jam 8 pagi hingga lewat petang.Di Medan Selera Telaga Air ini terdapat banyak deretan kedai makan yang menyajikan makanan laut. Ada pula kedai makan di sini yang akan memasak mengikut selera pelanggan.Dihadapan Medan Selera Telaga Air terdapat sebuah taman kanak-kanak. Memang riuh mendengar hiruk-pikuk laungan keseronokkan kanak-kanak bersukaria.
Address: Kampung telaga air
Website: https://www.facebook.com/menarikdikuching/
Video: https://www.youtube.com/watch?v=IP6oQniw3VI
_________________________________________________________________________________________________________________________________________