Kelas Bimbingan mengisi MyResume melalui Portal SPA

27 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2024, telah diadakan Kelas Bimbingan cara mengisi MyResume melalui Portal SPA. Dimana individu tersebut akan menghadiri sesi Temuduga dengan Pihak Suruhanajaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak lama lagi. Sebelum calon menghadiri sesi temuduga tersebut, Calon disarankan untuk mengisi terlebih dahulu MyResume melalui Portal SPA. Melalui Kelas Bimbingan tersebut, calon telah diajar bagaimana cara-cara mengisi maklumat-maklumat peribadi dan bagaimana cara-cara Muat naik dokumen dan juga gambar profil kedalam sistem yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali