Kelas PdPR dan Microsoft Word

22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

PdPR dan Microsoft Word Class telah diadakan pada 21 Januari 2022 bersamaan hari jumaat. Para peserta yang terlibat adalah pelajar Sekolah Menengah Wira Penrissen seramai 3 orang. Mereka telah hadir ke PEDi Kampung Quop untuk menghadiri Kelas PdPR oleh guru mereka dan turut diajar oleh staff PEDi Kg. Quop menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru mereka. Kelas yang berlangsung selama 2 jam tersebut, yang bermula dari pukul 03:00 petang dan tamat pada pukul 05:00 petang. Peserta yang mengikuti kelas tersebut dapat mempelajari cara menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja sekolah dan juga dapat mencari maklumat di internet dengan bimbingan daripada staff PEDi Kg. Quop.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali