Sesi Tutorial asas Shopee & Facebook Business Page / Marketplace

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Sesi Tutorial asas Shopee @ Facebook Business page/marketplace telah diadakan pada 20 Ogos 2022 bersamaan hari Sabtu yang bermula pada pukul 0900 – 1200. Sesi tutorial tersebut telah dihadiri usahawan sekitar Kampung Quop seramai 2 orang. Mereka telah didedahkan dengan cara untuk membuka akaun Shopee untuk berniaga di Shopee dan juga turut diajar untuk membuat Facebook page untuk perniagaan. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan facebook marketplace untuk menjual barang.

Sesi tutorial tersebut telah dikendalikan oleh Rakan Digital PEDi Kg Quop iaitu En. Reynold. Selain itu, RD PEDi Kg Quop juga turut mendedahkan mereka dengan sesi Klik dengan Bijak berkaitan dengan Scam dan phishing untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan diatas talian. Sesi tutorial tersebut tamat pada pukul 1200.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali