Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 di PEDi Kg Quop

31 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Quop bersama Tadika KEMAS Kampung Quop telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan pada 30 Ogos 2022 bersamaan hari Selasa yang bermula pada pukul 0900 - 1130. Seramai 40 pelajar tadika KEMAS telah mengikuti acara ini. Antara aktiviti sepanjang sambutan tersebut adalah tontonan video patriotik, sesi mewarna secara interaktif, nyanyian lagu patriotik serta sesi mewarna Jalur Gemilang. Acara tersebut diakhiri dengan sesi memotong kek bersempena Hari Kebangsaan dan sesi bergambar bersama. Sesi tersebut tamat pada jam 1130 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali