eKelas Matematik PT3
25 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 Oktober 2020, telah diadakan program tuisyen percuma atau lebih dikenali sebagai eKelas kepada pelajar sekolah menengah dan pelajar tahun 6 sahaja. eKelas adalah sebuah program komuniti utama Maxis yang mengarus perdanakan pembelajaran digital untuk semua pelajar di seluruh Malaysia. Sepanjang PKPP ini yang disebabkan oleh Pandemik Covid19, e-Kelas turut mengambil langkah berjaga – jaga dengan menghadkan pelajar untuk hadir ke Pusat Internet. Oleh itu, e-Kelas hanya diadakan untuk pelajar tingkatan 5 sahaja. Untuk sesi Oktober ini, e-Kelas telah dilanjutkan semula untuk pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 untuk kelas Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Tujuan e-Kelas diadakan adalah untuk membantu pelajar mendapatkan kelas tambahan yang selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia dan bersifat interaktif. Selain itu, mendedahkan pelajar tentang kelebihan dan kebaikan mengikuti e-Kelas dimana ianya lebih kepada tutorial secara dalam talian. Membantu pelajar untuk mengikuti kelas tambahan secara percuma. Kelebihan dan kebaikan e-Kelas adalah pelajar mendapat kelas tambahan secara dalam talian dan percuma di PI Kg Quop. Selain itu, pelajar mendapat pelabagai manfaat sekiranya mengikuti program e-Kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: