Program Cuti Sekolah

21 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember sehingga 22 Disember 2019, telah berlangsung program cuti sekolah yang disertai 7orang peserta. Dimana hari pertama mereka diajar dalam membuat akaun gmail. Selain itu, mereka juga diajar dalam menggunakan aplikasi canva dilaman web. Penggunaan canva mereka diarah untuk membuat kad ucapan kepada rakan-rakan dan juga keluarga sempena hari krismas.

Pada hari ke-2 pula mereka diarahkan untuk membuat perhiasan sempena hari krismas dengan belajar menggunakan youtube. Mereka dapat menghasilkan pelbagai deko dengan menggunakan bahan yang sedia ada antaranya ialah snowman, snow menggunakan stik ice cream, perkataan “merry cristmas” dengan menggunakan cawan kertas dan sebagai nya. Manakala pada hari terakhir pula, peserta bergotong-royong menggemas Pusat Internet serta menghias PI bertemakan hari krismas. Mereka bekerjasama mendirikan pokok krismas dan membuat perhiasan PI dengan hasil yang dibuat mereka sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali