Hari Terbuka Pusat Internet PPR Batu Gong

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan program Hari Bersama Komuniti. Program ini dijadual bermula pada pukul 8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya ialah pertandingan mewarna untuk kategori peserta di sekolah tadika dan seterusnya hasil kerja mereka akan ditransformasikan kepada 3D menggunakan aplikasi Quiver, pertandingan kahoot ICT dan Merdeka untuk kategori sekolah rendah, menengah dan kategori ibu bapa. Pertandingan typing hero juga diadakan untuk menilai ketangkasan peserta untuk menaip dalam tempoh masa yang diberikan. Turut serta adalah wakil bendahari KRT PPR Batu Gong iaitu En. Mike Hansen Abdullah yang merupakan tetamu jemputan pada hari berkenaan.

Untuk kategori terbuka pula, pertandingan Microsoft Explorace dibuat untuk memupuk nilai kerjasama dalam pasukan. Selain dari pertandingan, pihak penganjur juga menyediakan inisiatif untuk peserta dan hadirin mengitar semula sisa elektronik mereka melalui program E-sisa dan kaunter pendaftaran ahli baru untuk 30 orang terawal sahaja. Dianggarkan seramai 92 orang penggunjung telah berjaya memeriahkan pogram pada kali ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan penggunjung dengan teknologi ICT yang kreatif dan inovatif melalui permainan yang berasaskan pembelajaran ICT yang mampu menarik minat semua lapisan umur untuk mempelajari dan menguasai ICT.

Manakala, pada sebelah petang pula, Pusat Internet dengan kerjasama LYHS Consultancy melalui tenaga pengajar profesional yang diperakui oleh KKM iaitu Catherine Chong NH telah menganjurkan kursus pengendalian makanan. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan cara-cara pengendalian makanan yang betul dan mengikuti tatacara yang bersih serta selamat. Di akhir program, penggunjung dan peserta dibawa untuk mengenali hak dan tanggungjawab mereka sebagai warga digital supaya tidak mudah ditipu semasa melayari internet. Pelbagai tips didedahkan termasuklah tip keselamatan kata laluan, tips untuk mengenali scammer dan sebagainya yang disampaikan oleh penceramah yang juga Pengurus Pusat Internet Kg. Quop.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali