Mom, baby & Kids Fair 3.0

29 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 April 2019 yang lepas, Pusat Internet telah bekerjasama dengan Little Boo Boo dalam menjayakan Mom, Baby & Kids Fair 3.0 yang telah berlangsung di Plaza Merdeka, Kuching. Antara aktiviti yang dijalankan di booth Pusat Internet adalah Quiver apps (mewarna dan menjadikan gambar 3D), kuiz Klik Dengan Bijak, permainan Kahoot dan juga Scratch programming. Tujuan penglibatan Pusat Internet dalam program ini adalah untuk mendedahkan aplikasi atas talian yang bermanfaat dan menarik untuk kanak-kanak seawall 6 tahun agar mereka lebih berminat mempelajarai tentang IT.

Selain itu, penglibatan ini uga bertujuan untuk mendedahkan tentang keselamatan penggunaan internet dalam kalangan pengguna internet masa kini yang semakin canggih. Antara Pusat Internet yang turut terlibat dalam menjayakan booth Pusat Internet ini adalah Pusat Internet Tebelu, Pusat Internet Sebadi Ulu, Pusat Internet PPR Batu Gong, Pusat Internet Sg. Bandung, Pusat Internet Braang Bayur, Pusat Internet Bengoh, Pusat Internet PPR Taman Dahlia & Pusat Internet PPR Taman Malihah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali