Bengkel Aksesori Manik Seramik

19 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos sehingga 18 Ogos 2018 telah diadakan bengkel aksesori manik seramik. Seramai 7 orang peserta yang mengikuti bengkel tersebut. Pada hari pertama peserta diajar cara menggulung tanah liat untuk dijadikan manik seramik dengan kreativiti masing-masing. Manakala hari ke 2, peserta diarahkan untuk mengering manik yang telah digulung supaya boleh diwarnakan. Sementara menunggu manik dikeringkan peserta diajar cara membuat gelang tangan dengan manik seramik yang telah disediakan.

Selain itu, peserta juga membuat gelang kaki menggunakan manik dengan kreativiti masing-masing. Pada sebelah petang, peserta diarahkan untuk mewarna tanah liat yang telah mereka gulung dan keringkan mengikut warna kehendak masing-masing. Pada hari terakhir peserta diajar cara membuat anting-anting dan rantai dengan menggunakan manik seramik yang disediakan. Mereka sangat manfaatkan masa untuk belajar membuat manik dan membuat aksesori.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali