Bengkel Pembungkusan & Pelabelan Produk
22 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 & 21 April 2019 yang lepas, telah diadakan Bengkel Pelabelan & Pembungkusan produk usahawan tempatan bersama UNIMAS, Pegawai Mardi dan Freelance Designer di Pusat Internet Kg Quop. Antara agenda yang dilakukan adalah perkongsian berkaitan pembungkusan dan pelabelan produk makanan daripada Puan Suzalyna Bt. Mos, Pegawai Penyelidik MARDI Kuching.
Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara pengambilan gambar produk dengan lebih menarik untuk tujuan promosi di media sosial. Mereka juga turut dibantu oleh En. Zaki, freelance designer dalam perekaan label produk masing-masing. UNIMAS turut berkongsi tentang cara perekaan produk menggunakan aplikasi canva secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: