Kursus Pemerkasaan ICT
14 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2019 sehingga 13 September 2019, Pusat Internet Kg. Quop telah bekerjasama dengan Pusat Internet PPR Batu Gong untuk melaksanakan kursus pemerkasaan ICT untuk pelatih siri 2.2019 Giatmara Mambong. Objektif utama kursus adalah untuk mendedahkan peserta dengan peranan dan fungsi Pusat Internet kepada komuniti selain melengkapkan peserta dengan kemahiran ICT yang diperlukan untuk pekerjaan pada masa kini. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelatih Jurusan Fashion & Design Sesi 2.2019 telah menghadiri kursus pada kali ini.
Pada hari pertama, mereka akan didedahkan dengan :
- Asas ICT iaitu memfokuskan kepada Microsoft Word. Selari dengan itu, mereka juga akan diajar untuk menghasilkan surat rasmi dan penulisan laporan aktiviti untuk berkomunikasi secara professional dengan mana-mana agensi kerajaan, swasta, NGO dan komuniti setempat.
- Taklimat klik dengan bijak yang memfokuskan keselamatan dalam media sosial yang merangkumi katalaluan yang kukuh, buli siber dan menjejaki telefon melalui penggunaan aplikasi gmail.
Pada hari kedua, mereka didedahkan dengan :
- fungsi dan penggunaan google mail dan e-drive sebagai asas pembelajaran. Dalam masa sama, peserta dibawa untuk mempraktikan penggunaan platform e-surat untuk memudahkan urusan komunikasi mereka dengan agensi kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya
- kaedah meningkatkan jualan menggunakan Whatapp dan Instagram.
- Tips Call To Action sebagai nilai tambah yang memfokuskan kepada ayat copywriting yang berkesan untuk menarik minat pelanggan.
- Teknik pemasaran efektif menerusi email.
- Taklimat KDB & Advokasi yang meberi fokus kepada etika, hak dan tanggungjawab warga digital yang merangkumi akta perundangan yang berkaitan dengan kesalahan/jenayah digital, kementerian dan agensi yang bertanggungjawab untuk menyiasat serta menangani kesalahan atau jenayah digital, langkah-langkah yang betul untuk melaporkan kesalahan/jenayah digital dan teknik penipuan secara digital.
Pada hari ketiga :
- cara menggunakan media sosial untuk digunakan sebagai platform pemasaran dalam perniagaan untuk memasarkan dengan lebih luas lagi produk tersebut.Para peserta di praktikan cara penggunaan media sosial iaitu menggunakan instagram dan facebook dalam pemasaran produk.Media sosial tersebut adalah platform yang paling senang digunakan dan difahami untuk para penjual.Dalam masa sama, peserta dibawa untuk menghasilkan logo atau label produk sendiri yang unik dan menarik.
- Cara yang paling cepat dan ringkas untuk mencipta logo atau label produk sendiri Cuma hanya menggunakan Microsoft Power Point.
- Kaedah asas search engine optimization (SEO).Para peserta juga didedahkan cara untuk menilai permintaan ramai produk zaman sekarang.Peserta juga dideahkan cara yang paling senang untuk menggunakan Search Engine Optimization (SEO) dengan cara yang betul.Peserta diberikan masa untuk mencuba menggunakan SEO tersebut untuk lebih memahami kegunaanya.
- Taklimat KDB & Advokasi yang meberi fokus kepada E-Sisa atau juga di panggil Mobile E-Waste serta Check Youl Label (CYL.).
Pada hari keempat :
- Cara pembuatan laman web untuk digunakan sebagai platform pemasaran dalam perniagaan untuk memasarkan dengan lebih luas lagi produk tersebut selain menggunakan media sosial.Para peserta di praktikan cara penggunaan laman web yang di sediakan untuk lebih paham cara mengolahnya dan cara menggunakan dan mengisi dalaman laman web tersebut. Dalam masa sama, peserta dibawa untuk menghasilkan laman web produk sendiri yang unik dan menarik.
- Kaedah asas teknik fotografi dalam pengambilan gambar produk dengan cara yang betul.Para pelatih didedahkan cara teknik pengambilan gambar produk dengan kreatif dan lebih nyata untuk di masukkan ke dalam laman web ataupun laman media sosial.Peserta diberikan masa untuk mencuba dan mengambil gambar produk sendiri menggunakan DIY Light Box tersebut dengan kreativiti tersendiri.
- Didedahkan mengenai penggunaan Sarawak ID dan memberikan cara-cara untuk mendaftar.
- Taklimat KDB & Advokasi yang meberi fokus kepada Siber Grooming,Sexting dan Perkongsian Melampau serta Maklumat Palsu.
Berikut merupakan kebaikan mengikuti program :
- Peserta mengetahui peranan Pusat Internet PPR Batu Gong untuk komuniti
- Mengetahui akan kepentingan dan kemahiran menguasai ICT
- Latihan praktikal menulis surat rasmi dan laporan aktiviti
- Mengetahui tips untuk sentiasa berwaspada dan selamat semasa dalam talian
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: