Program Hari Komuniti Pusat Internet Sebandi Ulu

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2019, telah diadakan Program Hari Komuniti Pusat Internet Sebandi Ulu bersama-sama dengan komuniti Kampung Sebandi bertempat di Dewan Kampung Sebandi Ulu. Program mendapat sambutan daripada golongan dewasa, kanak-kanak, belia dan juga warga emas. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang minggu Hari Komuniti iaitu PROGRAM AMAZING RACE, AMAZING KIDS, SUKANEKA DEWASA, KELAS ICT, USAHAWAN DAN ADVOKASI. Kami juga memberi peluang pendaftaran keahlian percuma kepada pengunjung PI.

Terima kasih kami ucapkan kepada KK Puan Rahmah Jama Baylai dan KR Encik Tegak Bin Mat kerana sudi hadir ke program kami dan menyokong sepenuhnya program kami ini. Tidak lupa juga kepada urusetia sukaneka iaitu Amiey Syahriezal yang bersusah payah mencari ahli-ahli sukaneka. Terima kasih juga kepada Pengurus PI Kg quop Effa Ieyza kerana sudi membantu kami menjayakan program tersebut. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dengan Program Hari Komuniti ini. Tanpa kalian program seperti ini tidak dapat dijayakan sepenuhnya.

Andai ada silap dan salah daripada pihak PI kami, kami memohon sejuta kemaafan daripada kalian semua. Semoga di tahun mendatang program seperti ini mendapat lebih lagi sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali