eKelas matematik & Sains Minggu ke-8

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2019 yang lepas, ramai pelajar telah menghadirikan diri dalam kelas matematik & sains dari pelajar Tahun 6 sehinggalah Tingkatan 5 yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg Quop. Kelas tersebut bermula pada pukul 10.20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Para pelajar berpeluang berinteraksi dengan guru dan mempertingkatkan lagi pengetahuan Matematik dan Sains melalui latihan berkumpulan yang diberikan oleh guru. Pada minggu ini, eksperimen menarik telah dijalankan dan para pelajar lebih seronok dan lebih bersemangat untuk menyertai kelas akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali