Bengkel E-Usahawan Sylibus Mdec Untuk Usahawan Pusat Internet Dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan 2
30 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2018, Pusat Internet Kg Quop sekali lagi mengadakan kursus e-usahawan untuk usahawan Pusat Internet dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Pada kali ini, seramai 32 orang peserta berjaya mengikuti program yang dijadualkan sehari ini. Program dimulakan dengan ceramah pengenalan kepada pusat internet dan fungsinya. Seterusnya, peserta juga didedahkan dengan advokasi KDB (Check Your Label).
Seterusnya, program diteruskan dengan pengenalan asas kepada permasaran digital yang disempurnakan oleh Pn. Siti Hudzaimah pensyarah jemputan dari Politeknik Kuching merangkap Tenaga Pengajar dari Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS). Bengkel diteruskan dengan latihan praktikal yang mana semua peserta dikehendaki membuat pages Facebook, akaun Instagram dan mendaftar di Whatup for business untuk menguruskan perniagaan mereka.
Seterusnya, peserta dikehendaki membuat posting (Copywtiting) di akaun masing-masing dan mengemaskini gambar profil seperti yang diajar melalui “designing tools” Canva yang turut diselitkan. Pada sebelah petang, peserta diperkenalkan dengan teori dan praktikal untuk “close sales” sebelum sesi bergambar untuk mengakhiri bengkel pada hari tersebut. Diharapkan peserta dapat memainkan ilmu yang diberi untuk kegunaan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: