Program Latihan Rekaan Logo dan Rekaan Label Produk

5 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 November 2018, telah berlangsung dengan jayanya kelas pengenalan kepada Program Latihan Rekaan Logo dan Rekaan Label produk di Pusat internet Kg. Quop. Kelas ini dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar dan penyelia iaitu Dr. Hanani dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak melalui inisiatif service learning (SL) dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Pusat Internet.

Kelas pengenalan ini telah dihadiri oleh 14 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dari Pusat Internet Kg. Quop & Pusat Internet PPR Batu Gong. Objektif utama kelas ini diadakan adalah untuk mengetengahkan produk usahawan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali