Kem ICT Pasca PT3

8 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 November 2018, PI Kg Quop dengan kerjasama daripada beberapa buah Pusat Internet antaranya PI PPR Taman Dahlia, PI PPR Taman Malihah, PI PPR Batu Gong️, PI Kg Bako, PI Sg Bandung dan PI Kg Tebelu  telah dijemput dalam menjayakan Kem ICT Pasca PT3 SMK Seri Setia, Tabuan Jaya. Kem ini berlangsung selama 3 hari dari 5 hingga 7 November 2018 pada jam 7.30 pagi sehingga 1.30 petang yang bertempat di Dewan SMK Seri Setia.

Seramai 200 pelajar Tingkatan 3 disasarkan menyertai Kem ICT ini. Antara intipati kem adalah KDB & Advokasi. Selain itu, pelajar diberi pengenalan terhadap ICT dan latihan-latihan dalam kumpulan. "Google Training" juga akan di terangkan kepada para pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali