Hari Terbuka Pusat Internet Bengoh

28 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2018 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet Bengoh telah mengadakan Program Hari Terbuka. Program tersebut berlangsung di Pusat Internet Bengoh dan Dewan yang berdekatan dengan Pusat Internet. Program ini berlangsung dari jam 0800 pagi hingga 0500 petang.

Hari Terbuka Pusat Internet Bengoh ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama komuniti dan memperjelas tentang kewujudan Pusat Internet Bengoh iaitu untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar. Selain itu, Pusat Internet juga membantu masyarakat setempat untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pengetahuan dalam dunia digital masa kini. Pelbagai jenis aktiviti dan pertandingan dijalankan sepanjang program tersebut yang melibatkan komuniti. Pada sebelah pagi, pihak Pusat Internet Bengoh telah mengadakan pertandingan Digital Colouring & KDB Explorace kepada pelajar sekolah rendah. Selain itu, program saringan kesihatan juga turut dijalankan dan ceramah mengenai kebakaran serta cara-cara memadam kebakaran yang ditunjukkan oleh Jabatan Bomba Siburan.

Pada masa yang sama, kaunter pendaftaran seperti daftar kehadiran, daftar keahlian percuma, pembelian tiket cabutan dan esisa. Pada sebelah petang selepas jamuan makan tengahari bersama VIP pula, Program Hari Terbuka Pusat Internet Bengoh dimeriahkan lagi dengan cabutan tiket bertuah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali