Hari Terbuka Pusat Internet Melugu

20 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2018 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Program Hari Terbuka Pusat Internet Melugu. Program tersebut berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Melugu dan perkarangan Pusat Internet Melugu. Program ini berlangsung dari jam 0800 pagi hingga 0500 petang.

Hari Terbuka Pusat Internet Melugu ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama komuniti dan memperjelas tentang kewujudan Pusat Internet Melugu iaitu untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar. Selain itu, Pusat Internet juga membantu masyarakat setempat untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pengetahuan dalam dunia digital masa kini. Pelbagai jenis aktiviti dan pertandingan dijalankan sepanjang program tersebut yang melibatkan komuniti. Pada sebelah pagi, pihak Pusat Internet Melugu telah mengadakan pertandingan Digital Colouring & KDB Explorace kepada pelajar sekolah rendah dan pertandingan Microsoft Power Point untuk pelajar sekolah menengah Selain itu,pertandingan booth tercantik juga telah diadakan.

Pada masa yang sama, kaunter pendaftaran seperti daftar kehadiran, daftar keahlian percuma, daftar kelas ICT, keusahawanan, advokasi dan e-kelas, pembelian tiket cabutan bertuah dan sponsor song turut dijalankan. Pada sebelah petang selepas jamuan makan tengahari bersama VIP pula, Program Hari Terbuka Pusat Internet Melugu dimeriahkan lagi dengan cabutan tiket bertuah dan sponsor song penduduk Melugu. Terdapat juga beberapa golongan usahawan yang menjual makanan dan minuman sepanjang berlangsungnya Program Hari Terbuka Pusat Internet Melugu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali