Taklimat Hour Of Code

02 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Ogos 2018, setelah selesainya pendaftaran eKelas untuk pelajar tingkatan 1 SMK Seri Setia, kami juga berpeluang untuk memberi taklimat mengenai Hour Of Code kepada pelajar SMK Seri Setia. Taklimat ini berlangsung selama 1 jam sahaja. Dimana Hour of Code bermula sebagai pengenalan kepada Sains Komputer yang disampaikan dalam masa satu jam, ia bertujuan untuk menjadikan "kod" lebih mudah difahami, sesiapa sahaja dapat belajar asasnya dan juga untuk menggalakkan penyertaan dalam bidang Sains Komputer.

Sejak Hour of Code dilaksanakan, ia telah menjadi satu usaha seluruh dunia untuk meraikan Sains Komputer, bermula dengan 1 jam aktiviti koding telah memperluas menjadi berbagai-bagai usaha masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali