Sambutan Hari Guru & Lawatan Head of Maxis Sarawak Region & Head of Maxis Corporate Affairs

17 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2018 telah diadakan Sambutan Hari Guru di Pusat Internet Kg Quop. Sambutan Hari Guru ini turut di meriahkan oleh Ketua Maxis Wilayah dan Ketua Hal Ehwal Korporat Maxis, pegawai Maxis dan MCMC dan Jawatan Kuasa Kampung Quop serta ibu bapa pelajar eKelas. Turut hadirpada hari tersebut Guru Besar SK St James Quop dan beberapa orang guru yang telah dijemput.

Sambutan ini berlangsung dari jam 0300 petang sehingga 0600 petang. Selain itu, pihak Maxis turut mempromosikan tentang program eKelas kepada ibu bapa dan berkesempatan membuat live tutorial kelas kepada pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali