Kursus Internet & Keusahawanan
13 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2017 dan 12 Mac 2017 telah berlangsung kursus Internet & Keusahawanan di bilik latihan Pusat Internet Kg Quop. Kursus yang berlangsung selama dua hari ini memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil-kecilan di kampong Quop untuk mempelajari kaedah mempromosi produk melalui aplikasi-aplikasi atau laman web yang telah wujud di internet bagi memperluaskan jualan mereka.
Para peserta diajar untuk mewujudkan halaman rasmi jualan (facebook page) melalui akaun facebook dan mereka juga diajar menggunakan blog untuk memasar dan mempromosikan produk mereka. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk membentangkan hasil kerja yang telah dilakukan bagi membantu mereka membina keyakinana diri semasa bercakap dengan pelanggan bagi melancarkan proses pempromosian produk secara lisan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: