Kursus Keusahawanan Sesi II
19 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2017 telah berlangsung kursus keusahawanan sesi II di bilik latihan Pusat Internet Kg Quop. Kursus yang ini bertujuan untuk mengajar para usahawan mewujudkan halaman rasmi jualan (facebook page) melalui akaun facebook dan mereka juga mempromosi produk menggunakan facebook page. Usahawan juga diajar membuat akaun gmail. Selain itu, mereka berpeluang belajar cara membuat poster menggunakan aplikasi Canva. Usahawan juga berkesempatan diajar cara mengambil gambar dengan betul dengan menggunakan mini studio yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: